Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di Antara Universiti Teknologi Mara Dan LEGOLAND® Malaysia Resort Print

19 April 2016, Iskandar Puteri Johor: Majlis menandatangi MoU di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Legoland® Malaysia Resort yang telah berlangsung pada 18 April 2016 bersamaan pada hari Isnin bertempat Legoland Hotel, Iskandar Puteri Johor pada jam 8.00 – 12.00 tengahari.

Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Yang Berhormat Dr Zaini Abu Bakar, Yang Berbahagia, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA dan Puan Murni Masrom, Pengarah Sumber Manusia, Legoland® Malaysia Resort.

Turut hadir Yang berusaha, Prof Madya Dr Mohamad Abdullah Hemdi, Dekan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Prof. Madya Dr. Azizan Abdullah, Rektor, UiTM Cawangan Johor, Prof. Dr. Salehuddin Mohd Zahari, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik,dan Prof Madya Dr Salleh Mohd Radzi, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan di ikuti oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan turut hadir dalam menjayakan majlis tersebut.

Projek usahasama di antara Universiti Teknologi MARA dan LEGOLAND® Malaysia Resort ini adalah untuk menjalin hubungan dan kerjasama strategik antara universiti dengan industri melalui sumbangan idea dan kepakaran serta perlaksanaan program pembangunan profesionalisme.

Bagi mencapai aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kelestarian setiap pembangunan yang dijalankan di kawasan berpotensi tinggi seperti Iskandar Malaysia. Dengan perkembangan positif yang disumbang oleh Legoland Malaysia terhadap ekonomi Johor, ia juga dapat membantu Malaysia melonjakkan pendapatan negara.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi pihak industri seperti LEGOLAND® Malaysia Resort untuk sentiasa memastikan strategi pengurusan perniagaannya kekal relevan. Diantara usaha-usaha yang boleh dijalankan dan mendapt sokongan penuh dari pihak LEGOLAND® Malaysia Resort adalah seperti memeterai memorandum persefahaman dengan rakan-rakan strategik bukan sahaja dikalangan rakan industri yang lain, tetapi dengan rakan akademik juga seperti Universiti Teknologi MARA.

Kesimpulannya, melalui MOU yang akan dijalankan ini, proses-proses pertukaran idea dan kerjasama pihak industri dan akademik dapat diperkukuhkan. Kepakaran pihak akademik di dalam bidang masing-masing boleh membantu memperkasakan perkhidmatan yang berkualiti. Ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 yangmemberi penekanan utama terhadap hubungan dengan industri, termasuklah reka bentuk dan penyampaian kurikulum, penyelidikan dan pembangunan.

Download the PDF File HERE


Pegawai Yang Bertanggungjawab

 

En Firdaus Hanan

Liaison Officer

Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat UiTM T

el: 012-2048507

 

Mohd Taufik bin Zamri @ Zimri

Liaison Officer

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan

Tel: 03-32587690/016-9956586

 

Nur Akmal binti Abd. Hamid @ Mel Hamid

Pegawai Perhubungan Awam

LEGOLAND® Malaysia Resort

Tel: 07-5978836/019-7720136

Nurakmal.abdhamid@legoland.my